Wednesday, June 3, 2009

PAS tidak akan bersama Umno, tegas Ustaz Nasharudin


KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan kepimpinan PAS menolak dakwaan bahawa PAS akan bersama Umno. Sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai satu spekulasi pihak tertentu sahaja.
Demikian kata Nasharudin ketika menjawab soalan bertalu wartawan ketika mengadakan didang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar malam tadi.
Hadir sama dalam sidang media itu ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Timbalannya, Ustaz Nasharudin Hassan Tantawi dan Setiausaha Pemuda, Ahmad Sabky Yusof.
Nasharudin juga menangkis dakwaan apabila diajukan soalan bahawa apa yang disebut dalam ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS mengenai penafian PAS akan bekerjasama dengan Umno sebagai satu strategi 'self defence' tatkala kerusinya dicabar beberapa calon Timbalan Presiden.
Sebaliknya beliau menyatakan ia adalah keputusan setakat ini bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno, sebaliknya memainkan peranan dalam Pakatan Rakyat.
Beliau juga menyentuh apa yang disebut dalam ucapan perasmian mengenai persoalan melihat Umno/BN bukan pada kelemahan tetapi kelebihan.
Katanya, kenyataan itu sebenarnya menjurus ke arah agar ahli dan seluruh kepimpinan PAS sedar akan perlunya usaha meningkatkan prestasi bagi mengatasi kelebihan yang ada pada parti lawan.
Sementara itu, bercakap mengenai isu cadangan mengangkat Kelab penyokong PAS kepada Dewan, beliau menyatakan perkara itu masih dalam kajian lagi.
Ujar Nasharudin, PAS kini mula menerima sokongan yang cukup hebat dari kalangan pengundi bukan Islam hingga ada cadangan mahu menjadikan KPP sebagai sayap parti.
Namun, pelbagai langkah perlu diambil dan diteliti sebaiknya antaranya berhubung perlembagaan parti yang pastinya perlu disemak semula seandainya cadangan ini mahu dilaksanakan, katanya.
Setakat ini cadangan itu masih di peringkat pengkajian teknikal yang belum dibentang lagi hasil kajiannya untuk diperhalusi pula oleh Jawatankuasa PAS Pusat, katanya lagi.
Bercakap isu yang sama, Ketua Pemuda PAS pula melihat perkembangan sokongan bukan Islam kepada PAS sangat tinggi.
Ujar Salahuddin, ia membuatkan Umno/BN hari ini bimbang dan hal ini pastinya salah satu 'formula' yang akan menguburkan Umno/BN nanti.
Salahuddin turut menyatakan sekali lagi bahawa beliau tidak lagi akan menerajui Pemuda PAS, namun tetap berharap generasi pewaris akan memperkukuhkan sayap penting parti ini bagi memperkukuhkan keyakinan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat. - Sumber Harakahdaily.net

3 comments:

  1. Si pengkhianat Nasharuddin!!Rakyat malaysia dan ahli Pas tak mau pengkianat macam u!!U ni PUKIMA!!I orang cina pun tak mau sokong u!!Lebih baik bagi orang baik macam datuk husam musa untuk bawa Pas ke tahap lebih tinggi!!U dari dulu memang tau kita tak suka UMNO!!Apa pasal u mau kerjasama ngan UMNO??Pasal u gila duit atau gila kuasa!!Datuk Husam,Lawan Tetap Lawan!!Tanam politik nasharuddin pada kali ni demi kebaikan Pas dan kita orang cina akan bagi sokongan penuh dan padu untuk u!!!

    ReplyDelete

Tazkirah Tuan guru Nik Abdul aziz

Lagu tema Pas

Tragedi 07hb.Mei,2009