Sunday, May 31, 2009

Calon KeADILan menang besar di Penanti

PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.
Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.
Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.
Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.
Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. - Sumber Harakahdaily.net

Saturday, May 30, 2009

PAS ada harapan menang di Manek Urai - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ghazali Mayudin berkata PAS mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menang pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pada 14 Jun depan.
Ini katanya, ia merupakan kubu kuat PAS bahkan PAS menang beberapa kali dalam pilihan raya umum di situ.
Tambahan pula ujarnya sentimen rakyat masa kini yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Sebaliknya beliau berkata, banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat.
"Jadi kedua-dua faktor ini saya ingat tidak ada masalah bagi PAS untuk menang dengan majoriti yang lebih besar.
"Dan mungkin kalau alasan yang diberikan BN di Penanti itu membazirkan wang dan sebagai, maka ini pun baik juga jika mereka tidak bertanding sebab kemungkinan kalah itu sangat besar," katanya semasa dihubungi Harakahdaily semalam.
Namun katanya, adat orang yang bertanding Umno akan berasa mereka boleh berjaya walaupun secara peribadi mereka rasakan sukar untuk menang.
Untuk pengetahuan umum katanya, sudah pasti Umno akan mendakwa mereka ada harapan untuk menang.
"Ini sesuatu yang biasa, mana-mana juga termasuk Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, memang itu yang dikatakan mereka," ujarnya sambil mendakwa, lazimnya di mana-mana pun akan diperkatakan Umno.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob, 60, akibat serangan penyakit jantung pada 22 Mei lalu.
Dalam pada itu kata Ghazali berkata, buat masa ini beliau tidak nampak sebarang masalah dihadapi PAS.
Melainkan katanya, pihak lawan PAS permainkan isu dalaman PAS antaranya ulama, bukan ulama, Erdogan dan sebagainya.
"Malah itu yang dipermain-main kemudian akan juga permainkan isu rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.
"Seperti mana isu di Penanti dibesar-besarkan isu calon Bebas, Aminah Abdullah dan sebagainya.
"Ini hendak menunjukkan dalam Pakatan Rakyat pun ada rasuah, ugutan dan sebagainya, maknanya PAS bersekongkol dengan orang-orang ini," dakwanya.
Bagaimanapun dakwanya, isu dalam PAS sendiri mungkin orang akan melihat isu Erdogan dan sebagainya yang kononnya berlaku perpecahan.
Apapun katanya, pada pengamatannya PAS tidak ada masalah.
Menyentuh mengenai keghairahan Umno untuk bertanding di Manek Urai, beliau berpandangan, senarionya berbeza kerana di Penanti Adunnya meletak jawatan.
Kerana itu katanya, Umno menganggap sebagai permainan politik Pakatan Rakyat.
Sebaliknya di Manek Urai itu meninggal dunia, mesti diadakan pilihan raya.
Kerana itu katanya, tidak pelik berlaku masalah perebutan dalam Umno untuk bertanding sejurus parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding di Manek Urai.
"Setiap yang bertanding itu berasakan mereka ada harapan untuk menang jadi kalau ada perebutan dalam Umno satu perkara biasa," katanya. - Sumber Harakahdaily.net

Wednesday, May 27, 2009

Baner provokasi?


Siapakah yang memasang baner ini? Rasanya bukan dari pakatan rakyat kalau dibaca sehingga ayat yang hujung. Ini adalah usaha provokasi pihak tertentu untuk rakyat membenci pakatan rakyat. Gambar di ambil di pasar awam Tapah..

Tuesday, May 26, 2009

Cerita Menarik dari Blog kamparinn.blogspot.com (Ds Nizar Jamaluddin)






AsalamualaikumKepada semua pelayar keblog saya, di pohon jutaan kemaafan kerana tidak dikemaskini blog ini. Namun terima kasih kerana sudi melayari.Kini saya salinkan secebis sketsa dari salah seorang peguam saya sdr Hanipa Maidin yang telah menyumbangkan pandangan penghujahan ini yang telah dinyatakan oleh lead counsel, Hj Sulaiman Abdullah tatkala membentangkan submission beliau kepada 3 orang hakim Mahkamah Rayuan pada 21 Mei 2009. Malangnya barangkali tidak didengari oleh yang ariff hakim:-oleh :Mohamed Hanipa MaidinJam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawaa. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.”Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ).. Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak..Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.Tidakah senario ini cukup membimbangkan dimasa akan datang?
WasalamYB DS Ir. Hj.Mohammad Nizar bin Jamaluddin

Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya


IPOH, 27 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini.
Dalam temubual tersebut, Dato' Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat �racist� dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam.
Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini.
Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato' Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN.
"Sifat kepura-puraan Dato' Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya.
"Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak.
"Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno/BN," tegasnya. - Sumber Harakahdaily.net

Nasruddin Tantawi dipilih Ketua Pemuda PAS, lima tanding Naib Presiden


KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding.Dengan ini, Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Safawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.
Selain itu, calon-calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS ialah seramai lima orang iaitu Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Mujahid Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah. - Sumber Harakahdaily.net

Saturday, May 23, 2009

Penanti: SPR umum pertandingan 4 penjuru!

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan bahawa Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti akan ditandingi oleh 4 calon. Calon Pakatan Rakyat daripada KeADILan, Dr Mansor Othman akan menentang calon-calon Bebas iaitu, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris.Semua calon kini boleh berkempen sehingga jam 12 tengah malam, 30 Mei nanti.Sementara itu, calon-calon Bebas akan menggunakan simbol 'Kunci' untuk Aminah, Nai (Wau) dan Kamarul (Payung) sepanjang pilihan raya ini.

Friday, May 22, 2009

Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir


PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.
Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.
Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.
Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.
Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.Sumber-http://mstar.com.my/

Panas! berita paling sedih...sukar untuk diberitahu...


Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.
Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi.

Ceramah-sempena-konvensyen-pas-perak


Wednesday, May 20, 2009

Tol! Antara harapan rakyat dan pemerintah


Harapan rakyat tol perlu dimansuh.Harapan pemerintah tol perlu diteruskan. Namun dari segi kewajaran apakah rakyat perlu dibebani dengan tol, walhal sebelum ini rakyat telah dibebani kesan kemelesatan ekonomi global, kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak dan pelbagai bagai lagi kenaikan. Apakah negara perlukan tol? sedangkan pelbagai cukai sudah dikenakan terhadap rakyat. Sama-samalah kita fikir!

Mustafa Ali sahkan tiada aduan politik wang dalam pemilihan PAS


KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang aduan samada rasmi atau tidak berhubung dakwaan politik wang dalam pemilihan PAS.
Malah Mustafa menafikan berlakunya amalan itu memandangkan PAS adalah sebuah parti yang tidak mengamalkan politik wang sejak dahulu.
Beliau juga menyatakan akan menolak aduan jika pengadu tidak mengemukakan bukti atau hanya membuat aduan secara 'hear say'.
Menyokong kenyataan itu bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri pula menegaskan tidak pernah berlaku dalam PAS amalan tersebut.
Malah isu itu katanya hanya sengaja disensasikan oleh media arus perdana bagi memberi persepsi negatif kepada PAS tatkala sokongan kepada parti semakin meningkat.
PAS juga katanya kini mendapat sokongan bukan setakat orang Islam, malah bukan Islam yang percaya PAS sebuah parti yang bersih.
Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin pula menyatakan KeADIlan tetap percaya dan yakin pemimpin PAS tidak akan memperjudikan maruah dan teras perjuangan dengan pengaruh wang untuk merebut jawatan.
Beliau percaya ahli serta perwakilan PAS bijak membezakan yang mana halal dan haram dalam perjuangan, begitu juga calon-calon yang bertanding.
Ujarnya, KeADIlan dan parti komponen Pakatan Rakyat tetap bersatu dalam memperjuangkan hak rakyat dan apa yang berlaku tidak akan menjejaskan persefahaman yang sedia terbina. - Harakahdaily.net

Tuesday, May 19, 2009

Rayuan Nizar, Khamis ini - PAS bimbang BN beli hakim


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menyokong penuh permohonan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya.
Salahuddin juga mengesa agar lima hakim yang akan mendengar rayuan Nizar khamis nanti terdiri daripada mereka yang berintegriti.
Beliau menegaskan demikian sebagai respon kepada permohonan Nizar semalam yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
"Bukan hanya lima hakim sebaliknya hakim-hakim tersebut perlulah mereka yang mempunyai intergriti dan juga telus dalam menjalankan tugas mereka.
"Jika tidak kita bimbang keputusan Khamis nanti akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana hakim yang mendengar rayuan itu terdiri dari mereka yang boleh dibeli," tegas beliau.
Salahuddin turut menegaskan jika hakim yang dipilih tidak mempunyai integriti kepentingan awam tidak akan terbela dalam kes tersebut.
Semalam Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar mengesahkan telah menghantar surat permohonan itu melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.
Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
Berikutan keputusan itu, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Dato' Ramly Ali.
Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu. - Harakahdaily.net

Sunday, May 17, 2009

Pembaziran wang rakyat?

Semalam penulis bersama DPP Tapah untuk sama-sama kempen mengambil tandatangan memindah ladang penternakan babi di jalan Tapah Road. Sekembali perjalanan ke rumah penulis berkesempatan mengambil gambar hentian bas antara jalan Tapah Road ke Pekan tapah. Apa yang menarik perhatian penulis bukanlah kemudahan awam yang dibina, tapi apakah rasionalnya Majlis Daerah Tapah (MDT) membina hentian bas yang mempunyai gerai tetapi tidak mempunyai manafaatnya kepada penduduk setempat. Penulis percaya dengan kos pembinaannya ribuan ringgit untuk setiap hentian bas sebegini apahkah pulangannya diperolehi oleh MDT. Penulis percaya ada banyak lagi hentian sebegini dibina di sekitar mukim tapah atau mungkin daerah Batang Padang. Apakah projek pembinaan ini hanya untuk kontraktor kroni yang mengaut keuntungan? atau rasuah? dan macam-macam lagi andaian kita. Jika ianya untuk kemudahan rakyat. kenapa tidak dibuat kajian terperinci dan mendalam tentang pembinaan hentian bas bergerai ini. Adakah ianya satu keperluan atau pembaziran. Diharap pehak yang berwajib pikir-pikirkanlah dalam menguruskan wang rakyat.


Saturday, May 16, 2009

Saravanan cuba menunjuk muka di Tapah



Setelah setahun lebih menjadi MP Tapah, baru sekarang YB Saravanan cuba menunjukkan muka dengan mengunjungi pasar malam Tapah. Mungkin baru teringat kawasan sendiri setelah Perak dirampas oleh kerajaan haram BN. Namun sambutan dingin yang terimanya dari penduduk tempatan dan peniaga pasar malam

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassim Abdullah 2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail 2. Ishak Surin 3. Misbahul Munir Masduki 4. Nasuruddin Daud 5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid 6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak 2. Haron Din 3. Husam Musa 4. Mohamad Sabu 5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang 2. Azizan Abd Razak 3. Mohamad Sabu 4. Harun Taib 5. Hassan Mohd Ali 6. Husam Musa 7. Idris Ahmad 8. Kamaruddin Jaffar 9. Mahfuz Omar 10. Mohd Amar Abdullah 11. Mujahid Yusuf Rawa 12. Nasharuddin Mat Isa 13. Nizar Jamaluddin 14. Salahuddin Ayob 15. Taib Azamuddin Md Taib 16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob2. Abdul Ghani Abdul Rahman3. Abdul Ghani Shamsuddin4. Abdul Halim Abdul Rahman5. Abdul Wahab Ismail6. Abdul Wahid Endut7. Abdul Rani Osman8. Abu Bakar Chik9. Adly Zahari10. Ahmad Awang11. Ahmad Rosli Ibrahim12. Ahmad Yaakob13. Ahmad Yunus Khairi14. Aiman Athirah al-Jundi15. Aminolhuda Hassan16. Amiruddin Hamzah17. Anuar Tan Abdullah18. Asmuni Awi19. Azizah Khatib Mat20. Azizan Abdul Razak21. Azman Shapawi22. Che Rosli Che Mat23. Dzulkifli Ahmad24. Halimah Ali25. Hamzah Abdullah26. Hamzah Jaffar27. Harun Taib28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak29. Hassan Mohd Ali30. Hashim Jasin31. Hayati Othman32. Husam Musa33. Idris ahmad34. Iskandar Abdul Samad35. Kamaruddin Jaffar36. Khairuddin Abdul Malik37. Khalid Samad38. Khalil Idham Lim39. Lo'Lo' Mohd Ghazali40. Mahfodz Mohamed41. Mahfuz Omar42. Mazlan Aliman43. Mariam Abdul Rashid44. Misbahul Munir Masduki45. Mohamad Sabu46. Mohamad Noor Mohamad47. Mohamed Hanipa Maidin48. Mohd Amar Abdullah49. Mohd Anuar Tahir50. Mohd Apandi Mohamed51. Mohd Hatta Ramli52. Mohd Nasir Mustapha53. Mohd Taufek Abdul Ghani54. Mohd Yusof Husin55. Mujahid Yusuf Rawa56. Mumtaz Md Nawi57. Nasharuddin Mat Isa58. Nasrudin Hassan Thantawi59. Nasuruddin Daud60. Nik Abduh Nik Aziz61. Nik Mazian Nik Mohamad62. Nik Mohd Zawawi Salleh63. Nizar Jamaluddin64. Norazli Musa65. Nuridah Mohd Salleh66. Omar Mohamad67. Othman Sabran68. Phahrolrazi Mohd Zawawi69. Rosli Yaakob70. Sabki Yusof71. Salahuddin Ayob72. Sallehen Mukhyi73. Shaari Sungib74. Shafie Abu Bakar75. Siti Mariah Mahmud76. Siti Zailah Yusuf77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi78. Taib Azamuddin Md Taib79. Takiyuddin Hassan80. Tuan Ibrahim Tuan Man81. Wan Abdul Mutalib Embong82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah83. Wan Hasrina Wan Hassan84. Yusof Embong85. Zulkefly Mohamad Omar86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin2. Ishak Surin3. Khalid Samad4. Khalil Idham Lim5. Mohd Rashidi Hassan6. Mohd Taulan Rasul7. Musanif Abd Rahman8. Muzammil Hafizd9. Syed Mohamed Syed Hassan


Sumber Harakahdaily.net

Lagi gambar kempen DPP Tapah







DPP Tapah lancar kempen pindahkan ladang babi


Dewan Pemuda Pas Tapah telah melancarkan kempen mendesak pihak berkuasa negeri memindah dan memusatkan ladang ternakan babi di daerah Batang Padang khususnya disekitar Bidor, Ayer Kuning dan juga Jalan Tapah Road. Sesuai dengan krisis wabak Influenza H1N1 atau penyakit selsema babi. Dewan Pemuda Pas Tapah menggesa pihak berwajib memusatkan sistem penternakkan babi di daerah ini. Kempen ini bermula dengan mengambil tandatangan penduduk dipersekitaran ladang babi Taman Perdana dan Kampung Baru Pekan Getah Jalan Tapah Road. Kempen ini akan berterusan di Pekan Bidor.

Wednesday, May 13, 2009

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA. Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya. Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu... Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya? MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus. Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir. 1.. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.. 2.. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah. 4. Bantu pendidikan seorang anak. 5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah. 6. Bagi CD Quran atau Do'a. 7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.. 8. Tempatkan pendingin air di tempat umum. 9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Aminnnnnn....

Tuesday, May 12, 2009

Lagi gambar taklimat pilihanraya Pas Tapah


Af. Ustaz Shoib Yasin (baju hitam) dari jabatan pilihanraya Pas negeri menyampai taklimat

Taklimat isu semasa Pas Kawasan Tapah


YDP Pas kawasan Tapah saudara Abd Rahim sedang menyampai taklimat mengenai krisis di Perak. Beliau mengingat ahli tentang kemungkinan berlaku pilihanraya di Perak.

Bertahan hanya 19 jam

Walaupun mahkamah tinggi membuat keputusan DS Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah namun beliau dapat bertahan selama 19 jam sahaja berikutan rayuan menteri besar haram Dr Zamry diterima oleh mahkamah persekutuan

Monday, May 11, 2009

NASIHAT TUAN GURU


Kata Tok Guru :" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT!



Syukur... Allhamdulillah Menteri Besar Dato' Seri Nizar diistiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh mahkamah tinggi hari ini. Menteri Besar haram BN Dato Seri Dr.Zamry diminta mengosongkan pejabat menteri besar dengan seberapa segera. Semoga kemenangan ini demokrasi mekar kembali di negeri Perak. Takbir!

Sunday, May 10, 2009

Berjayakah DS Nizar mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat



Hari ini adalah hari penentu kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dimahkamah. Berjayakah Dato' Seri Nizar mempertahankan kerajaannya melalui proses undang-undang setelah Persidangan Dewan Undangan Negeri telah di "lacurkan" oleh UMNO Barisan Nasional. Apakah satu lagi episod lacur ini akan berterusan dimahkamah. Semoga DS Nizar berjaya dalam tuntutannya supaya mahkamah mengistiharkan dirinya sebagai menteri besar Perak yang sah....!

Friday, May 8, 2009

Gambar Ijtimak ilmu Pas Tapah


Hadirin yang datang

Ijtimak ilmu Pas Tapah


Af Ust. Radzi Abu Bakar dari Maahad Ummah sedang menyampaikan kuliahnya. Antara intisari kuliahnya " jangan sekali-kali menjadi golongan immaah (lalang)..."

HEBAHAN DARI PAS TAPAH

IJTIMAK ILMU BULANAN PAS KAWASAN TAPAH

Tarikh : 08hb, Mei, 2009

Tempat : Surau Taman Bukit Indah, Tapah Perak.

Waktu : Selepas Solat Maghrib

Penceramah Jemputan : AF Ustaz Radzi dari Maahad Ummah

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir solat berjemaah beramai-ramai

Thursday, May 7, 2009

TERKINI! MAT SABU JUGA DIBEBASKAN....

Mat Sabu juga dibebaskan pada jam 3.30 petang tadi di Tg. Malim. Beliau terus dibawa pulang ke rumahnya si Shah Alam. Sumber dari http://misabah.blogspot.com/

Wednesday, May 6, 2009

Persidangan Dun Perak- Apa kesudahannya...?


Dewan undangan negeri Perak bersidang hari ini. Namun episod status kerajaan yang sah masih menjadi tandatanya. Apakah ada berlaku kekecohan seperti yang dijangka? Sama samalah kita berdoa keselamatan peminpin Pakatan Rakyat.

Mohd Sabu ditangkap sebentar tadi


KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.
Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.
"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.
"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.
Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.
Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.
"Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin.-Sumber Harakahdaily.net.

Tuesday, May 5, 2009

Sekatan untuk demokrasi?


Polis mula membuat sekatan jalanraya dipercayai ada kaitan persidangan DUN Perak pada 7hb. Mei ini..

Monday, May 4, 2009

PAS terus kukuh walau hadapi pertandingan pucuk pimpinan


MUKTAMAR Tahunan PAS Pusat ke 55 yang akan diadakan di Shah Alam awal Jun ini dijangka hangat dengan pertembungan sengit jawatan-jawatan tertinggi dalam PAS.

Pertembungan bagi jawatan tertinggi PAS, khususnya bagi jawatan Timbalan Presiden parti, bukannya perkara baru. Ia bermula selepas peninggalan al-Marhum Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor pada 23 Jun 2002.
Hampir 13 tahun atau enam penggal berturut, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dimenangi Ustaz Fadzil dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tanpa bertanding.
Kedua-dua pemimpin utama PAS itu terlalu terkehadapan sehinggakan, tiada yang dirasakan berkemampuan mengatasi kewibawaan mereka, sebaik sahaja Ustaz Fadzil mengambil alih jawatan Presiden PAS (sebelum ini dinamakan Yang Dipertua PAS Pusat) dari al-Marhum, Ustaz Yusof Rawa pada tahun 1989.
Jawatan Presiden PAS, hanya dipangku oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hadi selepas peninggalan Ustaz Fadzil.
Pada muktamar tahun 2003, Ustaz Hassan Shukri menewaskan Dato' Mustafa Ali bagi jawatan nombor dua PAS. Dua tahun kemudian (pada 2005), Ustaz Hassan ditewaskan oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Ustaz Nasharudin sekali lagi mengekalkan jawatan apabila menewaskan Dato' Harun Taib pada muktamar tahun 2007.
Pada muktamar kali ini, walaupun dijangkakan berlaku pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden, namun perwakilan PAS sudah matang dan biasa dalam menghadapi pertandingan.
Pertandingan kali ini tiada bezanya dengan pertandingan yang berlaku sejak tiga penggal lepas. Yang membezakan ialah, apakah ianya berlaku secara yang aman dan teratur, mengikut konsep syura yang demokratik atau ianya dicemari dengan pelbagai kekotoran.
Setiap seorang ahli dalam PAS mempunyai hak yang sama. Iaitu berhak dicalonkan dan berhak bertanding untuk sesuatu jawatan yang diingini, asalkan ia tidak melanggar disiplin parti dan mendapat sokongan majoriti ahli.
Sistem yang diamalkan dalam PAS sebagai sebuah parti Islam yang berlandaskan demokrasi begitu jelas, jika seseorang pemimpin mendapat pencalonan untuk sesuatu jawatan, maka beliau berhak untuk bertanding.
PAS tidak menetapkan kuota untuk sesuatu jawatan. Tiada paksaan untuk memastikan mereka yang dicalonkan supaya mesti bertanding dan PAS juga tidak akan menghalang mana-mana calon yang mendapat pencalonan untuk bertanding.
Sama ada mereka berlatarbelakangkan pengajian agama atau tidak, juga bukan disyaratkan dalam pertandingan PAS. Dalam PAS tidak wujud 'trend' sebagaimana yang didakwa media arus perdana, iaitu wujudnya pertembungan antara golongan ulama dan profesional.
Kerana dalam PAS, sebaik sahaja menandatangani borang permohonan menjadi ahli PAS, tanpa mengira latar belakang, mereka menjunjung al-Quran sebagai perlembagaan tertinggi dalam hidup, mengamalkan as-Sunnah serta mengikut Ijma ulama dan Qias sebagai sandaran perjuangan.
Dakwaan sedangkal ini (wujudnya konflik ulama dengan non-ulama) tidak akan mempengaruhi perwakilan PAS. Mereka sudah cukup matang untuk memilih dan menentukan siapa bakal pemimpin mereka berdasarkan karisma dan merit seseorang pemimpin.
Tidak dinafikan wujud perbezaan pendapat dan pandangan, berhubung pendekatan terbaik yang bakal diambil dalam sesuatu perkara.
Tetapi kewujudan perbezaan ini bukan merupakan pertelingkahan yang merosakkan parti. Kerana bagi ahli PAS, kepentingan Islam dan masa depan parti, lebih utama daripada kepentingan peribadi.
Jika terdapat mana-mana pemimpin, yang meletakkan kepentingan peribadinya mengatasi kepentingan Islam dan parti, nescaya beliau akan ditolak ahli-ahli PAS.
Walaupun wujud dalam PAS beberapa tokoh dan nama-nama besar dalam arena politik negara, namun mereka akan tidak mempunyai apa-apa nilai jika mereka tidak diangkat sebagai pemimpin-pemimpin PAS.
Dalam erti kata lain, sehebat mana pun seseorang individu itu, jika dia mufarakah dengan PAS dengan merasakan pemikiran dan pendekatan politiknya lebih baik, dia akan ditolak oleh ahli-ahli PAS keseluruhannya.
Sejarah politik PAS membuktikan, pemimpin besar seperti Tan Sri Asri Muda yang menjawat jawatan Yang Dipertua PAS Pusat, bekas Menteri Besar Kelantan, bekas Ahli Parlimen yang menggegarkan Kerajaan Perikatan (BN) ketika itu, tidak mampu memecahbelahkan PAS sebaik sahaja keluar parti.
Begitu juga seorang ideologis, Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Nakhaie Ahmad, meninggalkan PAS, dengan dua tiga kerat penyokongnya.
Dengan kehendak Allah PAS tetap utuh dan terus utuh, walaupun pemimpinnya meninggalkan parti, sama ada kerana perbalahan atau menyahut seruan Ilahi.
Cumanya mutakhir ini wujud 'trend' yang dibimbangi boleh merosakkan PAS dalam jangka masa yang panjang.
Wujud kelompok tertentu yang tidak menggunakan saluran parti untuk memantap dan membaik pulih kepimpinan PAS.
Pemimpin-pemimpin PAS secara umumnya, terbuka kepada sebarang teguran dan kritikan. Tiada sekatan untuk ahli-ahli menegur kepimpinan jika merasakan beliau melakukan kesilapan. Tegurlah dengan cara yang berhemah, jangan memfitnah atau memaki hamun dengan bahasa-bahasa yang kesat.
Dalam dunia siber tanpa sempadan ini, ramai pemimpin, ahli atau sesiapa sahaja yang menyokong PAS, turut menyumbangkan idea dan pandangan melalui blog-blog dan laman web peribadi.
Tiada sekatan yang boleh PAS buat jika mereka membuat teguran atau kritikan tersebut melalui blog-blog peribadi mereka.
Namun, sebagai pemimpin atau ahli PAS, mereka juga tertakluk kepada disiplin parti dan harus menjaga tatasusila sebelum mempamerkan pandangan peribadi mereka mengenai PAS dan kepimpinan PAS.
Bloggers yang terdiri daripada pemimpin dan ahli PAS harus memahami disiplin ini. Jangan sesekali mencemarkan nama baik PAS dan pemimpin PAS. Anda boleh tidak bersetuju dengan mana-mana pemimpin, tetapi jangan sesekali berperanan sebagai 'pencucuk' yang melaga-lagakan pemimpin PAS.
Jangan sesekali mewujudkan blog atau laman web peribadi atau dengan menggunakan nama samaran untuk menceritakan masalah dalaman PAS dan keburukan individu pemimpin tertentu.
Golongan seperti ini barangkali memikirkan pandangan peribadinya sahaja yang betul, walhal hakikatnya mereka sudah merosakkan parti dan mencetuskan pada pemikiran pelayar-pelayar internet bahawa PAS juga menghadapi masalah dalaman yang teruk seperti Umno.
Jika blogger yang dikenali bukan ahli PAS atau memusuhi PAS, kita tidak bimbang kerana memang kerja mereka hendak memburuk-burukkan PAS.
Bahayanya 'trend' mutakhir menjelang pemilihan muktamar PAS, golongan jahil yang takut berhadapan dengan kebenaran ini, menggunakan blog-blog palsu untuk mengaibkan individu pemimpin PAS tertentu dengan cara yang tidak bermoral.
Bloggers seperti ini begitu licik berselindung, tetapi gerak kerja mereka boleh dihidu dan diketahui kerana mereka boleh menceritakan susur galur 'konflik' dalaman PAS dengan begitu teliti.
Sehinggakan apa yang berlaku dalam mesyuarat AJK PAS Pusat juga diketahui dan dipaparkan dalam blog mereka. Perbincangan sisi dan sembang borak pemimpin selepas mesyuarat juga diketahui secara terperinci dan disiarkan dalam blog.
Tidak sukar untuk diagak, bahawa mereka ini adalah orang-orang yang rapat dengan pemimpin-pemimpin tertentu. Sebelum 'nasi menjadi bubur', sebelum kelibat mereka dihambat 'sehingga ke lubang kubur', berhentilah daripada menjaja fitnah.
Sikap buruk ini harus dihentikan serta merta. Sikap buruk ini, dengan memaparkan gejala negatif dan fitnah melalui blog hanyalah seperti 'tikus membaiki labu'.
Ingatlah bahawa PAS tidak akan dapat dipecah selagi pemimpin dan ahli PAS terus utuh dengan perjuangan Islam, malah kedudukan PAS akan terus diperkukuhkan di persada politik negara dengan komitmen untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, Insya Allah.-Sumber Harakahdaily.net

Sunday, May 3, 2009

Gambar eksklusif


Menteri Besar Pakatan Rakyat Dato' Seri Nizar Jamaluddin dihari pengebumian bonda mertua beliau pada 1 Mac lalu- Al Fatihah

Lagi gambar


Gambar pidato peminpin pakatan rakyat

Gambar ekslusif


Pidato peminpin pakatan rakyat pada malam rampasan kuasa Umno/Bn di dewan banquet rumah MB

Tazkirah Tuan guru Nik Abdul aziz

Lagu tema Pas

Tragedi 07hb.Mei,2009